Perhatian!!!

sila pastikan alamat dan nombor telepon anda betul untuk mengelakkan sebarang kelewatan penghantaran.
penghantaran akan dilakukan pada setiap hari selasa hari bekerja.terima kasih

Monday 16 April 2012

Royal Jelly(Lebah Tualang)


                                    Botol Besar: RM 75 termasuk kos penghantaran
                                             Botol kecil :  RM 40 termasuk kos penghantaran  






                     Jika berminat untuk membeli, sila hubungi :

                     Azhar :  call/sms 0178489840
                        
                     Email: sungaisirehresources@gmail.com

 Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar juga amat dialu- alukan









Khasiat Royal Jelly

Jeli Di Raja atau lebih dikenali Royal Jelly, juga dipanggil Susu lebah, ada sesetengah menyebut 
'Madu Ratu' kerana madu yang dihasilkan oleh Lebah Pekerja untuk dijadikan makanan eksklusif untuk Ratu Lebah.

Royal Jelly juga diberikan kepada anak-anak lebah selama 3 hari sebelum menjadi larva, yang mana terpilih menjadi ratu akan terus diberi madu Jeli Di Raja. Rasanya lebih manis dan berwarna putih krim serupa susu.

Madu Jeli Di Raja mengandungi banyak jenis vitamin dan mineral semulajadi, mempunyai kesan baik ke atas fungsi badan dan proses penyembuhan, dan berkesan untuk awet muda.
Disebabkan itu, Ratu Lebah mempunyai jangka hayat 40 kali ganda dari Lebah Pekerja.

Antara Khasiat Madu Jeli Di Raja:

- Alahan / Resdung
- Aneamia / Kurang Darah
- Penyakit Hati Dan Jantung
- Hilang Selara Makan
- Jerawat Dan Awet Muda
- Lenguh Sendi / Arthritis
- Asma/ Sukar Bernafas
- Radang Paru-Paru
- Sembelit
- Kekejangan / Lemah Otot
- Bengkak Pundi Kencing
- Keletihan / Kelesuaan Melampau
- Stress
- Meningkatkan Metabolisma
- Masalah Pencernaan
- Penyakit Kulit Seperti Eczema & Kudis
- Utk Wanita Lps Bersalin
- Sakit Kepala
- Kanak-Kanak Hyperaktif
- Lemah Tenaga Batin
- Insomnia
- Mengatasi Masalah Perokok
- Penyakit Kronik…
Sumber : Madu Lebah Penawar Penyakit Zahir dan Batin, Ahmed Lathiff Md Firdaus (2000). Darul Nu'man Kuala Lumpur.





Sumber : Madu Lebah Penawar Penyakit Zahir dan Batin, Ahmed Lathiff Md Firdaus (2000). Darul Nu'man Kuala Lumpur.

Madu Lebah Batu(Gua)

                                                     Botol Besar : RM 95 termasuk kos penghantaran
                                                     Botol Kecil  : RM 50 termasuk kos penghantaran                                                        






                     Jika berminat untuk membeli, sila hubungi:

                     Azhar :  call/sms 0178489840
                          
                     Email: sungaisirehresources@gmail.com

 Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar juga amat dialu- alukan

Madu Lebah Tualang ASLI(Hutan Pahang)

                                                  
                                                     Botol Besar: RM 60 termasuk kos penghantaran
                                                     Botol kecil :  RM 35 termasuk kos penghantaran



                     Jika berminat untuk membeli, sila hubungi:

                     Azhar :  call/sms 0178489840
                          
                     Email: sungaisirehresources@gmail.com



 Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar juga amat dialu- alukan

Sunday 15 April 2012

Madu Asli


Perbezaan madu lebah asli dan madu lebah tiruan
  • Madu lebah campuran mengandungi kandungan gula sukrosa yang rendah
  • Madu lebah sintetik mengandungi kandungan HMF melebihi 80 miligram perkilogram madu
  • Sukar untuk membezakan antara madu lebah asli dan madu lebah tiruan melainkan menerusi ujian makmal
  • Bagi mereka yang biasa makan madu lebah asli, dengan sendirinya dapat membezakan rasa madu lebah tiruan.
 Kandungan dalam madu lebah
Madu lebah mengandungi pelbagai unsur-unsur penting dengan jumlahnya yang ideal dengan tubuh manusia seperti:
  • Kalsium (Ca)
  • Phosphor (P)
  • Natrium (Na)
  • Thiamin
  • Niacin
  • Riboflavin
  • Potassium
  • Iron
  • Zink
Di samping itu, gula dalam madu lebah (glukosa dan fruktosa) merupakan gula ringkas (simple sugar, monosacharide) yang mana apabila di makan seketika akan terus diserap oleh darah sehingga menimbulkan tenaga secara spontan. Berbeza dengan gula biasa atau madu lebah tiruan yang merupakan gula kompleks (polisacharide) yang tidak langsung dapat diserap oleh darah, kerana harus dirubah menjadi gula ringkas dengan cara pemprosesan oleh hati yang akan mengakibatkan kerosakan hati (sel herpa) apabila melebihi dos biasa.
Ciri-ciri kimia madu lebah adalah madu lebah mengandungi asid amino (0.05-0.1%) dan  asid organik (0.57%, julat 0.17-1.17%). Purata indek pH bagi madu adalah 3.9 (dengan julat tipikal 3.4-6.1). Kajian yang dilakukan di USDA (U.S Department of Agriculture) mendapati madu terbahagi kepada 7 warna asas iaitu putih, kuning cair, kuning pekat/jingga, oren kecoklatan, coklat dan hitam. Namun, warna madu bukanlah penunjuk yang tepat bagi menguji gred madu kerana ianya dipengaruhi oleh jenis dan ciri sesuatu bunga yang mempunyai kandungan mineral dan komponen-komponen organik tertentu di dalamnya.
 Khasiat madu lebah
Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Oleh yang demikian, pengamalan madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya.  Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli. Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah:
- Asma- Haid- Resdung
- Alahan- Jerawat- Rambut gugur
- Barah- Letih- Sakit kepala
- Buasir- Lendir kahak- Sakit pinggang
- Batuk kering- Lemah jantung- Sakit sendi
- Batuk- Mata- Sukar tidur
- Darah Tinggi- Pening
- Gastrik- Penyeri muka
Selain penyakit di atas, masih banyak lagi khasiat madu lebah yang perlu kita ketahui. Khasiat madu lebah yang perlu diketahui adalah:
  • Madu lebah dapat menambahkan stamina dan membekalkan tenaga
  • Madu lebah boleh dijadikan sebagai sumber tenaga
  • Madu lebah dapat meningkatkan metabolisme tubuh
  • Madu lebah mengandungi agen antioksidan yang boleh mengurangkan aktiviti yang memusnahkan sel
  • Madu lebah dapat melancarkan peredaran darah
  • Madu lebah dapat melancarkan sistem pencernaan
  • Madu lebah dapat meningkatkan semangat seksual atau tenaga batin
  • Madu lebah juga digunakan sebagai mengubati luka-luka
  • Madu lebah sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus
 Madu lebah menurut Islam
Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud;
"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu)yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"
Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a: "Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata: 'Sesungguhnya saudaraku sakit perut(cirit-birit)'. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berilah dia minuman madu'. Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata: 'Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah.' Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab,'Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah.' Lalu Rasullullah s.a.w berkata:'Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong.' Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh
 Hubungan kesihatan (rawatan) dan madu lebah
Antimicrobial : Madu lebah berupaya bertindak sebagai bahan pengawet. Penyelidikan ilmiah menunjukkan madu lebah dapat mengawetkan buah-buahan dan sayuran daripada enzim yang boleh mengakibatkan ianya berubah kecoklatan dan rosak. Aktiviti antibakteria yang terdapat pada madu lebah ini adalah disebabkan kewujudan hidrogen hidroksida (agen pembunuh bakteria) dan organik antibakteria.
Antioxidants : Madu lebah mengandungi pelbagai fitokimia ‘phytochemicals’ seperti asid organik, vitamin dan enzim yang sememangnya merupakan sumber diet yang penting bagi proses antioksida. Jumlah dan jenis antioksida adalah bergantung kepada kekuatan saripati madu lebah itu sendiri dan sumber bunganya. Biasanya, lebih gelap warna madu lebah menunjukkan lebih tinggi kandungan antioksida berbanding madu yang berwarna agak cerah (kekuningan). Antioksida dalam madu lebah mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.
Enzymes : Enzim memainkan peranan penting dalam madu lebah yang menjadikannya sangat penting untuk pengubatan dan makanan yang berkhasiat tinggi. Sebagai contoh, glucose oxidase berfungsi menukar glucose kepada gluconolactone yang menghasilkan asid gluconic dan hidrogen peroksida.
Pro-Biotic : Campuran madu lebah bersama yogurt dan produk tenusu lain akan meningkatkan lagi aktiviti, pertumbuhan dan kegalakkan bakteria baik, bifidobacteria untuk melawan bakteria jahat bagi keseimbangan usus yang sihat.
 Kaedah ujian keaslian madu lebah
Selama ini banyak petua atau kaedah tradisional yang digunakan untuk menguji keaslian madu lebah. Walaubagaimanapun kaedah ini boleh dipertikaikan secara saintifik. Petua tradisional yang sering digunakan untuk menguji keaslian madu lebah:
Semut : Ini kerana madu lebah asli (dihasilkan oleh lebah) turut dihurungi semut kerana mengandungi glukosa ‘monosaccharide’ yang bersifat manis sama seperti yang terdapat pada gula sintetik (juga mengandungi glukosa ‘polisacharide’). Namun, memang ada yang tidak didekati semut kerana terdapat madu lebah asli yang akan mengeluarkan gas (madu lebah asli segar) yang akan membuatkan semut tidak tahan pada tekanannya dan mempunyai keasidan yang agak tinggi. Maka, semut bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah
Peti Sejuk : Madu lebah asli yang mengandungi kandungan air pada kadar 18-22%. Maka, madu lebah asli tetap akan mengeras jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk beku terlalu lama. Namun, terdapat juga madu lebah asli yang tetap pada keadaan yang tidak begitu keras disebabkan peratus kadar air yang rendah dan mempunyai kandungan mineral yang bersifat panas yang tinggi. Maka, peti sejuk bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah.
Pembentukan mendakan kristal : Madu lebah asli juga mengalami pengkristalan/mendakan nuclei sekiranya disimpan pada suhu yang tidak sesuai dan kaedah penyimpanan yang tidak sesuai. Ini kerana, madu lebah asli yang mengandungi glukosa yang tinggi akan keluar dari keadaan super tepu ’supersaturated’ secara spontan membentuk glukosa monohidrat kerana kehilangan air. Maka, terdapatnya pengkristalan bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah.
Telur : Madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Si penipu ini akan mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu lebah tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Awas, sangat berbahaya terhadap kesihatan organ dalaman! 
Maka, kami menasihati pengguna dan peminat madu lebah supaya berhati-hati terhadap madu lebah yang terdapat di pasaran supaya tidak tertipu sekaligus membahayakan kesihatan, nanti disangka MADU LEBAH rupanya  RACUN  yang sangat berbahaya. 
Kami sangat berhati-hati dalam memperkatakan tentang madu lebah asli sehingga perlu dihuraikan secara ilmiah agar dapat berkongsi pemahaman dan kesedaran bersama anda semua disamping bersyukur akan nikmat Allah yang tiada tolok bandingnya lagi. Buatlah setitik madu lebah sekiranya anda mampu! Kami tentunya hanya menawarkan madu lebah asli untuk memelihara kedudukan madu agar tetap terjaga sebagai suatu sumber penyembuhan sunnahtullah. 
 Bagaimana untuk menguji keaslian madu lebah?
Kami mencadangkan kepada anda kaedah untuk menguji keaslian madu lebah samada madu lebah yang dijual adalah asli ataupun tiruan. Kaedah mengenalpasti Madu Lebah Asli adalah seperti berikut:
  • Mengenali latar belakang penjual atau pembekal madu lebah.
  • Menjadi seorang yang terbiasa dengan madu lebah asli, akan lebih mudah untuk mengetahui ianya asli atau tiruan. Antara tanda madu lebah asli hutan rasanya agak menyengat (tajam; keasidan agak tinggi) dan mempunyai bau wangi aroma dengan ciri-ciri tertentu. Madu lebah asli ternak pula rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat.
  • Melalui ujian makmal. Pengguna harus memastikan bahawa madu lebah yang akan dibeli telah melalui ujian pengesahan kandungan dari institusi yang diiktiraf untuk memastikan tidak tertipu dengan madu lebah tiruan. Jadilah pengguna yang bijak dan berhati-hati! Walaupun demikian madu lebah tiruan tetap dapat dihasilkan melalui kaedah makmal, jadi ujian 1 dan 2 sangat penting diamalkan oleh pengguna.
  • Ada gelang propolis/pollen di bahgian paling atas aras madu jika dibiarkan lama madu di dalam kemasan botol.
  • Menggunakan api: ½ sudu besar madu lebah dibakar di atas api lilin, apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya palsu. Madu lebah asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan.

    sumber: www.khasiat-madu-lebah.com